Saturday, September 9, 2017

 
Majlis Pelancaran EKSA Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Pontian pada 8/2/2017. Perasmian Pelancaran oleh Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr. Hajjah Rooshaimi Merican bt A. Rahim Merican pada 8 Febuari 2017.
 
Farmasi PKD Pontian sebagai peneraju amalan EKSA 5S di PKD Pontian telah mengkongsi pengalaman dan hasil pelaksanaan EKSA 5S supaya pelaksanaan EKSA dapat dijalankan dengan lancar oleh setiap unit kesihatan PKD Pontian.
 



 

LAPORAN PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (EKSA) 2016


Pada 18 Oktober 2016, AJK Latihan EKSA PKD Pontian telah menganjurkan program lawatan penanda aras EKSA ke Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan menimba pengalaman mengenai sistem EKSA yang diamalkan di Kolej Komuniti Tanjung Piai supaya dapat diaplikasikan di setiap klinik kesihatan. Program ini telah disertai oleh wakil daripada setiap klinik kesihatan Pontian iaitu seramai 20 orang.

Program lawatan tersebut bermula dengan sesi taklimat mengenai latar belakang EKSA dan perkongsian mengenai amalan EKSA di Kolej Komuniti Tanjung Piai. Sesi taklimat kemudiannya diakhiri dengan sesi soaljawab sebelum diteruskan dengan sesi lawatan dan tinjauan di sekitar Kolej Komuniti Tanjung Piai. Program lawatan berakhir pada pukul 12 tengahhari.