Saturday, October 15, 2016

PROGRAM GOTONG-ROYONG EKSA FARMASI KK PONTIAN SIRI 2/2016

Sekali lagi pihak Unit Farmasi telah mengadakan aktiviti gotong-royong peringkat unit farmasi bersempena Audit EKSA Silang 2016. Gotong-royong ini diadakan pada 8 Oktober 2016. Pihak unit farmasi sekali lagi mengembleng tenaga dan usaha dalam memantapkan unit farmasi supaya dapat menjadi contoh dalam perlaksaan EKSA. Semua anggota farmasi turut hadir bagi menjayakan program ini. Terima kasih diucapakan atas usaha semua.

Membuat label


Menampal Label Pada kotak ubat



Pendawaian supaya kelihatan kemas

PROGRAM GOTONG ROYONG EKSA KK PONTIAN SIRI 1/2016

Pada tanggal 13 Ogos 2016, Unit Farmasi Klinik Kesihatan Pontian telah mengadakan gotong- royong bersempena Audit EKSA dalaman. Program gotong- royong ini telah disertai oleh semua anggota unit farmasi. Gotong- royong ini diadakan untuk menggalakkan semua anggota farmasi sentiasa peka dalam aspek 5S EKSA. Aktiviti gotong-royong bukan menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan silaturrahim dalam kalangan anggota farmasi.

Fail dilabel dan disusun dengan kemas



Program kitar semula kertas terpakai

Kreatif: Kotak terbuang dikitar semula menjadi tempat meletak barang

Melabel Fail

Kertas ditempatkan didalam fail tertutup dan dilabel mengikut warna.

Menyusun Fail