Tuesday, August 23, 2016

KEMPEN JOM JIMAT

           Selaras dengan matlamat EKSA Farmasi PKD Pontian iaitu menjadikan unit farmasi pkd pontian mempunyai persekitaran yang berimej korporat dengan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi melahirkan anggota yang kreatif dan berinovasi seterusnya memupuk amalan kitar semula, kempen JOM JIMAT telah mula dilaksanakan. Kempen ini diharap dapat merealisasikan matlamat unit farmasi serta dapat memupuk sifat bersederhana dan berjimat dalam kalangan anggota farmasi. 

            Kempen JOM JIMAT ini merangkumi penjimatan dari aspek penggunaan air, elektrik dan kertas. Dari segi aspek penjimatan penggunaan air, semua paip air haruslah ditutup dengan ketat supaya air tidak menitis dan jika berlaku kerosakan paip air, laporan kerosakan haruslah dilakukan dengan segera supaya pembaziran dapat dielakkan.

        Dari aspek penjimatan penggunaan elektrik pula, suis peralatan elektrik haruslah ditutup jika tidak digunakan seperti lampu dan kipas. Selain itu, penggunaan penyaman udara haruslah dioptimasikan dengan cara menyelaraskan suhu pada 24⁰C. Pengunaan kertas kitar semula untuk mesin fotostat juga perlukan diterapkan kepada semua anggota agar penggunaan kertas baru dapat dikurangkan dan boleh mengurangkan pembaziran kertas. 


Poster Kempen Jom Jimat

               Kesimpulannya, semua pihak haruslah mengembleng tenaga dan usaha dalam menjayakan kempen ini untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif dan lebih hijau.


No comments:

Post a Comment