Sunday, September 4, 2016

Bengkel EKSA Farmasi PKD Pontian 2016

Pada 24 Ogos 2016, AJK Latihan EKSA Farmasi PKD Pontian telah menganjurkan Bengkel EKSA Jabatan Farmasi PKD Pontian bagi tahun 2016. Bengkel EKSA merupakan program tahunan bagi AJK Latihan untuk memberikan pengetahuan dan latar belakang berkaitan EKSA terutamanya kepada staf-staf baru di Jabatan Farmasi PKD Pontian. Seramai 10 orang peserta telah terlibat di dalam bengekel tersebut yang mewakili unit Farmasi dari setiap klinik kesihatan di PKD Pontian. Para penceramah yang terlibat pula terdiri daripada ahli jawatankuasa induk EKSA Farmasi Pontian. Bengkel EKSA berakhir pada pukul 1 tengah hari.

                                      Sesi Pengenalan EKSA daripada Pn Farahatun


Ceramah daripada Jawatankuasa Audit, Cik Zulaika

 Ceramah daripada Jawatankuasa Penyeragaman, Cik Tan Mei Hui

Edaran kepada peserta berkaitan penyeragaman EKSA

Ceramah daripada Jawatankuasa Promosi, Cik Irmah


Peserta dan penceramah bengkel EKSA


Audit dalaman EKSA farmasi PKD Pontian tahun 2016

Audit dalaman EKSA farmasi PKD Pontian telah dijalankan di semua unit farmasi PKD Pontian pada 17 & 18 Ogos 2016. Klinik Kesihatan yang terlibat ialah KK Ayer Baloi, KK Benut, KK Parit Ismail, KK Kayu Ara Pasong, KK Pontian, KK Serkat, KK Penerok, dan KK Pekan Nanas. 


Juruaudit sedang menjalankan lawatan audit dalaman di setiap farmasi klinik kesihatan.




Pasukan juruaudit sedang membincang hasil dan penemuan audit dalaman sebelum mengakhiri audit dalaman EKSA farmasi tahun 2016.



Audit Dalaman Amalan 5S perlu dilaksanakan sebagai penilaian kendiri pelaksanaan amalan 5S. Audit Dalaman ini perlu dijadualkan secara berkala untuk memastikan penambahbaikan dibuat secara berterusan.


Berikut ialah salah satu hasil penemuan audit dalaman EKSA 5S daripada semua klinik kesihatan:

KK Ayer Baloi



KK Benut



*KK Benut ditempatkan di Klinik pergigian sementara menunggu bangunan baru KK Benut dibina.


KK Kayu Ara Pasong



KK Pekan Nanas



KK Penerok



KK Pontian



KK Parit Ismail



KK Serkat



Adalah diharap audit dalaman ini dapat membantu pihak farmasi PKD Pontian menambahbaikkan dan memantapkan pelaksanaan konsep 5S di farmasi.