Sunday, September 4, 2016

Bengkel EKSA Farmasi PKD Pontian 2016

Pada 24 Ogos 2016, AJK Latihan EKSA Farmasi PKD Pontian telah menganjurkan Bengkel EKSA Jabatan Farmasi PKD Pontian bagi tahun 2016. Bengkel EKSA merupakan program tahunan bagi AJK Latihan untuk memberikan pengetahuan dan latar belakang berkaitan EKSA terutamanya kepada staf-staf baru di Jabatan Farmasi PKD Pontian. Seramai 10 orang peserta telah terlibat di dalam bengekel tersebut yang mewakili unit Farmasi dari setiap klinik kesihatan di PKD Pontian. Para penceramah yang terlibat pula terdiri daripada ahli jawatankuasa induk EKSA Farmasi Pontian. Bengkel EKSA berakhir pada pukul 1 tengah hari.

                                      Sesi Pengenalan EKSA daripada Pn Farahatun


Ceramah daripada Jawatankuasa Audit, Cik Zulaika

 Ceramah daripada Jawatankuasa Penyeragaman, Cik Tan Mei Hui

Edaran kepada peserta berkaitan penyeragaman EKSA

Ceramah daripada Jawatankuasa Promosi, Cik Irmah


Peserta dan penceramah bengkel EKSA


No comments:

Post a Comment