MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik
pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif
Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya
organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor
awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi
amalan seluruh warga agensi sektor awam.
PKD Pontian telah mengambil inisiatif memulakan amalan 5S dengan melaksanakan
aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun
di unit farmasi PKD Pontian. EKSA diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap
pengurusan persekitaran kerja yang lebih kondusif di samping menggalakkan unit
farmasi lebih inovatif seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti
dan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi.
No comments:
Post a Comment