Pada
18 Oktober 2016, AJK Latihan EKSA PKD Pontian telah menganjurkan program
lawatan penanda aras EKSA ke Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian.
Tujuan
lawatan ini adalah untuk melihat dan menimba pengalaman mengenai sistem EKSA
yang diamalkan di Kolej Komuniti Tanjung Piai supaya dapat diaplikasikan di
setiap klinik kesihatan. Program ini telah disertai oleh wakil daripada setiap klinik
kesihatan Pontian iaitu seramai 20 orang.
Program
lawatan tersebut bermula dengan sesi taklimat mengenai latar belakang EKSA dan perkongsian
mengenai amalan EKSA di Kolej Komuniti Tanjung Piai. Sesi taklimat kemudiannya diakhiri
dengan sesi soaljawab sebelum diteruskan dengan sesi lawatan dan tinjauan di sekitar
Kolej Komuniti Tanjung Piai. Program lawatan berakhir pada pukul 12 tengahhari.
No comments:
Post a Comment