Friday, August 5, 2016

LAWATAN PENANDA ARAS (EKSA) 2016

Pada 26 April 2016, AJK Latihan EKSA Farmasi PKD Pontian telah menganjurkan program lawatan penanda aras EKSA ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kukup, Pontian. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan menimba pengalaman mengenai sistem EKSA yang diamalkan di Jabatan Kastam supaya dapat diaplikasikan di setiap klinik kesihatan. Program ini telah disertai oleh wakil farmasi dan wakil unit bukan farmasi dari setiap klinik kesihatan Pontian iaitu seramai 20 orang.


Penyampaian cenderamata dari pihak KASTAM kepada Dr. Hjh Norasikin Bt Mahdan

Sesi Lawatan




Program lawatan tersebut bermula dengan sesi taklimat mengenai latar belakang EKSA dan perkongsian mengenai amalan EKSA di Jabatan Kastam, Pontian. Sesi taklimat kemudiannya diakhiri dengan sesi soal jawab sebelum diteruskan dengan sesi lawatan dan tinjauan di sekitar Jabatan Kastam. Program lawatan berakhir pada pukul 12 tengah hari.   

No comments:

Post a Comment