EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menerajui EKSA dan merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010). Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kreativiti dan inovasi.
Selain itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan 'one-size-fits-all' yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
Pada 14 April 2016, pihak Unit Farmasi, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah berjaya melancarkan EKSA peringkat PKD Pontian. Program ini telah disempurnakan oleh Dr. Hjh Norasikin Bt Mahdan bersama-sama Encik Mohd Arif Bin Saliman (Y/M Farmasi PKD Pontian) serta staff farmasi yang lain. Dr Hjh Norasikin Bt Mahdan telah menyampaikan 'button badge' EKSA sebagai simbol kearah pelaksanaan EKSA pada wakil setiap klinik.
Upacara Pelancaran EKSA |
Penyampaian 'button badge' EKSA |
Penyampaian 'button badge' EKSA |
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.
No comments:
Post a Comment